Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times
Terdapat di dalam Surah Yasin, sebuah kisah di Negeri Antakia yang terletak di sempadan Syria-Turki mengisahkan seorang pemuda yang syahid.
 
 
Allah SWT mengutuskan rasul-rasul untuk menyebarkan dakwah Islam, namun tidak dipercayai oleh penduduk-penduduk di negeri tersebut. Mereka mengejek dan mempersendakan rasul-rasul utusan Allah SWT tersebut.
 
Berita ini diketahui oleh seorang tukang kayu yang beriman bernama Habib al-Najjar, lalu dia terus pergi untuk menasihati penduduk negeri itu untuk mengikuti rasul-rasul tersebut. Apabila melihat respon penduduk yang degil, Habib al-Najjar lantas mengisytiharkan dirinya beriman dengan ajaran rasul-rasul tersebut. Lantas penduduk negeri tersebut menangkap Habib dan memijaknya beramai-ramai sehingga terkeluar usus.
 
Al-Quran menceritakan bahawa sebaik sahaja dia masuk ke alam barzakh, dia bercakap lagi sehingga Habib al-Najjar ini di gelar ahli pidato alam dunia dan alam barzakh.
 
"Kaum aku tak tahukah aku di mana sekarang?"
 
Itulah ucapan Habib al-Najjar di alam barzakh. Beliau dianggap seorang syahid yang paling afdhal.
 
Kuliah Dhuha Jumaat, 22 Januari 2021.